19 November, 10 tahun yang lalu, atau lebih tepat pada tahun 2013, www.tojiali.com telah didaftarkan melalui NetKL.com.
Macam-macam telah dilalui, ada masalah yang timbul sehingga hampir-hampir domain name ini ingin diabaikan sahaja. Ada suatu ketika domain name saya paparkan blog orang lain.
Domain registrar turut berganti, kini sedang didaftarkan bersama CloudFlare.
Pejam celik, 19 November 2023, genap 10 tahun domain name ini telah wujud di alam internet.
Walaupun ianya tidak digunakan dengan efisyen, malah most of the time dibiarkan terabai sahaja, ianya adalah satu pencapaian untuk mengekalkan domain name ini selama ini.